Friday, January 28, 2011

Apa tanda ahli neraka?



(Memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care, mungkin petanda bahawa korang adalah ahli neraka, mungkin..)

Sempena menumpang hari perayaan kaum lain ini dan sempena lepas raya lepas yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.

Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadika pun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini., lalu mati miskin dan masuk neraka…

Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabi pun miskin, dan sahabat baginda pun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk syurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah.,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk syurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah, itu yang bengong!

Perlu di ingat sekali lagi, aku bukan nak cerita tentang orang fakir miskin yang tak cukup makan, atau anak yatim takde mak bapak, atau ibu tunggal takde suami dan madu, atau mereka yang pernah muncul dalam rancangan ‘bersamamu..’, bukan itu sasaran aku, mereka miskin kerana diuji Allah, yang mana jika mereka bersabar, insyaAllah akan masuk syurga lebih awal dari semua orang kaya dalam dunia yang tonton mereka melalui program TV berbayar...