Friday, May 6, 2011

Sekadar Perkongsian...

 

 Hayatilah video ini dengan hati yang terbuka...

5 Syaitan Yang Harus Kita Waspada


Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.

Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

Kisah orang yang baru memeluk agama Islam

 
Seseorang telah menghantar email kepada saya dan saya dapati ia adalah cerita yang menyentuh hati. Ia adalah kisah tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah convert ke Islam daripada Kristian. Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban , Imam di Masjid Ar-Rahmah di Washington, USA.

Smith berasal dari Chicago, dan berpindah ke Olympia lebih kurang 17 tahun yang lalu. Dia selalu memakai kopiah putih sejak menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 1996 , ibunya telah jatuh sakit di Chicago. Ketika dia tiba di rumah ibunya, ia membuka pintu dan ibunya berkata, 

“Adakah anda Smith?”

Dia berkata, “Ibu, Tidak, Nama saya sekarang adalah Muhammad Abdullah.” 

“Adakah anda Muslim?” Tanyanya.

Dia berkata, “Ya”.

Wednesday, April 20, 2011

[ Hari KEHANCURAN ]


Semua agama memang mengakui tentang adanya hari akhirat. Gambaran Hari Akhirat juga sering digambarkan seperti sebuah bencana alam yang teramat dahsyat dan pada saat itu kehidupan di muka bumi akan musnah dari segala mahluk hidup yang menghuninya. Berkenaan bilakah Hari Akhirat akan berlaku, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya. Tapi, apa yang pasti Hari Akhirat pasti berlaku. Berikut adalah sedikit gambaran Hari Akhirat, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada gambaran ini. InsyaAllah..

Gambaran Hari Akhirat


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Friday, April 15, 2011

Manfaat Solat


Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh memberi kita manfaat senaman minda dan jasmani dan memberi kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.

1. POSISI PERTAMA
    Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan kita tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang akan merasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA
    Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah

FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar thyroid, kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

Untuk Renungan Bersama...


Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

   

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Saturday, April 2, 2011

[Tazkirah] Tentang Hati


Dengan nama Mu ya Allah 
Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

HATI

Katakan yang kita mahu membina sebuah rumah. Maka, pasir, simen, batu bata, papan, dan yang lain-lainnya di perlukan bagi membina sebuah rumah itu. Lalu, diupah pekerja-pekerja bagi membina rumah tersebut. Dari situ, cuba perhatikan bersama, agaknya apakah perkara utama yang akan mereka lakukan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tersebut ? Pastinya tiang-tiang yang akan didirikan terlebih dahulu sebelum yang lain-lainnya. Dan selepas didirikan tiang-tiang itu dengan kukuh lagi utuh, maka barulah yang lain-lainnya menyusul bagi melengkapkan rumah tersebut.
 
Apa yang ingin digariskan di sini, adalah dalam membina apa-apa sekalipun, sama ada manusia, bangunan, kenderaan dan sebagainya, maka ‘tapak’ bagi setiap unsur itu haruslah diperkukuhkan terlebih dahulu. Jika bangunan, maka tiang itu menjadi teras utamanya. Bagi sebuah kenderaan pula, rangka dalam itu menjadi tonggak asasnya. Tapi bagi manusia, bagaimana ? Di mana teras utamanya ? Ada ataupun tidak ada ? Adakah struktur tulang belakangnya ? Ataupun kekuatan ototnya ? Atau selain dari keduanya ?
 
Jika bangunan dan kenderaan itu mempunyai teras sebelum mendirikan struktur masing-masing sebelum menjadi hasil yang hebat, inikan pula manusia yang telah Allah jadikan sebagai sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini, melebihi mana-mana bangunan mahupun kenderaan-kenderaan yang hebat.

Thursday, February 3, 2011

Perbualan Antara Ibu Dan ANak:

Ibu menyuruh si anak mengemas rumah , sapu lantai etc lagi hari ini..

si anak membalas Ibu tersayang..

Anak: semalam baru je kemas rumah , sapu lantai dan etc...

Ibu : rumah kena bersih tiap2 hari, agar cantik dan kemas :) (ibu jawab dgn tabah n berhati-hati sebab si anak br belajar)

Anak : Ok buu...

Si anak pun menjalankan suruhan ibu dengan patuhnya...rumah di kemas, lantai disapu, almari di kemas, semuanya dipastikan tersusun lah kiranyer walhal semalam br buat perkara yang sama...si anak merasa pelik, lalu mengeluh pada ibu...:)

Anak: Buu..semalam br je man sapu lantai, lap almari, kemas umah...tapi..debu tetap banyak masih kotor lagi.. dah betul- betul bersih semalam..mop lantai lagi etc

si anak merengek-rengek sendirian tak puas hati =)

Nilai sEbuAh TaNGiSAn

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menghiasi telinga si IBU. Meraka tersenyum hatinya gembira penawar sakit dan lesu serta berjuang dengan Maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baru didunia dengan sebuah risiko pahit dan kejamnyakehidupan ini, bercucurkan darah dan titis air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan ini.Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.

Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan(pemuja dunia).Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewakegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dandiakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w.

Tuesday, February 1, 2011

jangan biarkan diri anda diselubungi ‘perasan mistik’


Pada suatu malam yang menyeramkan, jam satu atau dua pagi lebih kurang, aku bangkit dari tidur kerana rasa pundi kencing aku sudah penuh dan meronta meminta dilepaskan hajat … lalu dalam kegelapan malam, dan kedinginan anggota peranakkan, aku terus keluar rumah lantas menyusur belakang rumah menuju jamban yang agak jauh dari rumah..

Jamban tidak berlampu,dan aku masuk ke dalam jambanpun hanya ditemani cahaya dari lampu jendela rumah.., akupun terus melepaskan hajat kecil dengan penuh kelegaan dan kesusilaan, namun, tiba-tiba..

Terdengar sesuatu dari luar jamban..

(masukkan elemen bunyi muzik menyeramkan disini)

Sambung balik, sedang asyik aku kencing.. tiba tiba bunyi binatang menegur sesuatu makhluk buat aku gelabah.., bak orang tua kata, binatang ni boleh nampak makhluk halus..,

Dalam mode ‘Twilight Zone’ itu, aku memberanikan diri dengan mengintai ikut salah satu lubang-lubang kecil dari celah zink jamban itu dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!

Aku telah melihat dengan mata kepala aku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, tiada warna putih, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik…, makluk itu terus memandang aku siap dengan berkerdip mata..

Friday, January 28, 2011

Apa tanda ahli neraka?



(Memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care, mungkin petanda bahawa korang adalah ahli neraka, mungkin..)

Sempena menumpang hari perayaan kaum lain ini dan sempena lepas raya lepas yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.

Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadika pun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini., lalu mati miskin dan masuk neraka…

Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabi pun miskin, dan sahabat baginda pun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk syurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah.,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk syurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah, itu yang bengong!

Perlu di ingat sekali lagi, aku bukan nak cerita tentang orang fakir miskin yang tak cukup makan, atau anak yatim takde mak bapak, atau ibu tunggal takde suami dan madu, atau mereka yang pernah muncul dalam rancangan ‘bersamamu..’, bukan itu sasaran aku, mereka miskin kerana diuji Allah, yang mana jika mereka bersabar, insyaAllah akan masuk syurga lebih awal dari semua orang kaya dalam dunia yang tonton mereka melalui program TV berbayar...