Wednesday, April 20, 2011

[ Hari KEHANCURAN ]


Semua agama memang mengakui tentang adanya hari akhirat. Gambaran Hari Akhirat juga sering digambarkan seperti sebuah bencana alam yang teramat dahsyat dan pada saat itu kehidupan di muka bumi akan musnah dari segala mahluk hidup yang menghuninya. Berkenaan bilakah Hari Akhirat akan berlaku, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya. Tapi, apa yang pasti Hari Akhirat pasti berlaku. Berikut adalah sedikit gambaran Hari Akhirat, semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada gambaran ini. InsyaAllah..

Gambaran Hari Akhirat


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Friday, April 15, 2011

Manfaat Solat


Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh memberi kita manfaat senaman minda dan jasmani dan memberi kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.

1. POSISI PERTAMA
    Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan kita tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang akan merasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA
    Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah

FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar thyroid, kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

Untuk Renungan Bersama...


Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

   

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Saturday, April 2, 2011

[Tazkirah] Tentang Hati


Dengan nama Mu ya Allah 
Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

HATI

Katakan yang kita mahu membina sebuah rumah. Maka, pasir, simen, batu bata, papan, dan yang lain-lainnya di perlukan bagi membina sebuah rumah itu. Lalu, diupah pekerja-pekerja bagi membina rumah tersebut. Dari situ, cuba perhatikan bersama, agaknya apakah perkara utama yang akan mereka lakukan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tersebut ? Pastinya tiang-tiang yang akan didirikan terlebih dahulu sebelum yang lain-lainnya. Dan selepas didirikan tiang-tiang itu dengan kukuh lagi utuh, maka barulah yang lain-lainnya menyusul bagi melengkapkan rumah tersebut.
 
Apa yang ingin digariskan di sini, adalah dalam membina apa-apa sekalipun, sama ada manusia, bangunan, kenderaan dan sebagainya, maka ‘tapak’ bagi setiap unsur itu haruslah diperkukuhkan terlebih dahulu. Jika bangunan, maka tiang itu menjadi teras utamanya. Bagi sebuah kenderaan pula, rangka dalam itu menjadi tonggak asasnya. Tapi bagi manusia, bagaimana ? Di mana teras utamanya ? Ada ataupun tidak ada ? Adakah struktur tulang belakangnya ? Ataupun kekuatan ototnya ? Atau selain dari keduanya ?
 
Jika bangunan dan kenderaan itu mempunyai teras sebelum mendirikan struktur masing-masing sebelum menjadi hasil yang hebat, inikan pula manusia yang telah Allah jadikan sebagai sebaik-baik kejadian di atas muka bumi ini, melebihi mana-mana bangunan mahupun kenderaan-kenderaan yang hebat.