Friday, December 24, 2010

Siapa Santa Clause?


(Surat kepada kanak-kanak kecil, yang sesuai di baca sehari sebelum krismas)


Ok, berbalik kepada agama kristian yang mana budak budak mereka dapat hadiah di Hari Krismas, korang dah bertanya, siapa Santa Clause? Siapa Pakcik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia…

Itu semua mitos wahai kanak-kanak kecil, lain kali jika ada kawan agama kristian yang bercerita tentang hari raya mereka, cuba korang tanya mereka.

Apa kena mengena Santa Clause dengan Nabi Isa? Sebab mereka sambut krismas sempena hari lahir Nabi Isa.., patutnya banyaklah cerita tentang Nabi Isa, tapi asyik cerita Santa Clause sajer, apa kaitannya?

Lepas tu Tanya lagi, kenapa nak kena ada pokok yang di gantung dengan lampu dan hadiah, ada dalam kitab ke? Atau suka suka? Lepas tu kat pokok ada pulak salji palsu…, seolah olah Krismas tu kena beraya dalam salji..


Padahal Nabi Isa lahir kat negara yang panas, padang pasir, dan di bawah poko kurma! patut jika orang kristian nak sambut krismas, mereka kena hias dengan pokok kurma, barulah ada kaitan dengan Nabi isa punya hari lahir, atau jika susah nak dapat pokok kurma, guna pokok zaitun.., atau pokok kektus pun boleh…, masih ada unsur padang pasir..

Tapi tak!, seluruh dunia, bila nak rayakan krismas, mereka hias pokok fir dan salji palsu.., patut mereka jika nak beraya buatlah macam orang islam beraya, orang Islam Malaysia beraya dengan bakar lemang dan rendang, orang islam di India beraya dengan makan roti tempayan atau roti nan, orang islam di arab dengan Nasi kurma, dan lain lain.., tak salahpun nak beraya.., tapi ikutlah adat masing masing, kenapa nak kena hias pokok fir dan salji tiruan, kenapa hari krismas nak kena makan coklat?

Jika amalan itu Jesus yang buat, ok.., tapi tak.., itu amalan orang putih, kenapa nak ikut barat dalam semua hal?.., tak bestlah macam ni, nak beraya, ikutlah adat Malaysia, tak salah jika bakar lemang dan rendang pada hari krismas…, atau gantung kad raya pada pokok kelapa sawit hiasan, paderi tak marahlah.., Father pun akan ampunkan dosa., kan?

Dan satu lagi.. Santa Clause, juga tak sesuai pakai baju sejuk yang tebal dan bewarna merah di Negara Malaysia, panas!! kereta rusa juga tak sesuai, patut naik kereta lembu, baru ada ciri Melaysia, dan tak salah jika Santa Clause pakai baju cekak musang dan bersamping.., ho ho ho!

Arghh, sudahlah kanak-kanak kecil, jika korang tanya mereka, tentu mereka tak tahu nak jawab apa…

Lepas tu korang bagitahu kat kawan kawan yang percaya kepada Santa Clase dengan fakta begini:-

“Kawan…, jika Santa Clause sanggup hantar mainan kepada semua kanak kanak di seluruh dunia, maka Santa memerlukan 31 jam untuk menyempurnakan lawatan bagi keluasan dunia 212,030,000 batu (341,230,000 km) yang memerlukan kepantasan 6,650,000 batu per jam (10,700,000 km/h) atau bersamaaan 3,000 ganda kelajuan bunyi (nearly 200 times the speed of the Voyager 1 spacecraft, the fastest man made object).

Dan andaikan setiap kanak kanak menerima hadiah dengan anggaran purata dua pounds setiap seorang, maka kereta rusa perlu di isi dengan hadiah seberat 321,300 tons. Di ketahui, Seekor rusa hanya boleh menarik 300 pounds (140 kg) sahaja, maka Santa memerlukan 2.1 juta ekor rusa! Dan jumlah tenaga sebanyak 700 exajoules dapat dihasilkan untuk menggerakkan beban sebanyak itu, yang mana bersamaan 11.7 juta bom atom yang satu sahaja cukup untuk menghancurkan seluruh Hiroshima!!"

Woha!

Kanak-kanak kecil, habis sampai sini, jangan lupa puasa penuh setiap tahun…, walaupun ayah ibu tak bagi apa apa.., satu lagi, pabila ada masa dan peluang, ajaklah kawan kawan kristian masuk islam dan beraya dengan adat Malaysia, bakar lemang dan rendang.., ho ho ho!

Sekian.

Ps: Jangan selaki kali korang berani panggil ayah korang dengan gelaran “Santa” walaupun jika janggut ayah korang sudah putih dan perut memboroi… Ho Ho Ho!

Best regards,
        mofaz a.k.a menan
- bukan mudah nak senang-


Thanks to hamka

0 comments:

Post a Comment