Friday, January 28, 2011

Apa tanda ahli neraka?



(Memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care, mungkin petanda bahawa korang adalah ahli neraka, mungkin..)

Sempena menumpang hari perayaan kaum lain ini dan sempena lepas raya lepas yang banyak habiskan duit korang beli barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care itu, aku terpanggil (rasa semacam guna prosa ‘terpanggil’) untuk berkongsi beberapa tip kali ni tentang tanda-tanda mereka yang bakal masuk neraka.

Tak perlu aku cerita tanda korang masuk neraka adalah apabila korang tak solat atau tak puasa, atau tak hormat orang tua, atau tak bayar zakat fitrah, rogol budak dan buang anak dalam tong sampah, itu budak kecik sekolah tadika pun tahu, aku nak cerita kali ni adalah tanda mereka yang masuk neraka kerana mengalami masalah kewangan, terutama lepas raya sebegini., lalu mati miskin dan masuk neraka…

Ya, aku tahu, tak salah jadi miskin, Nabi pun miskin, dan sahabat baginda pun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk syurga lebih awal dari orang kaya, kerana kurangnya hisab atas mereka, jadi aku bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah.,

Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk syurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang payah, itu yang bengong!

Perlu di ingat sekali lagi, aku bukan nak cerita tentang orang fakir miskin yang tak cukup makan, atau anak yatim takde mak bapak, atau ibu tunggal takde suami dan madu, atau mereka yang pernah muncul dalam rancangan ‘bersamamu..’, bukan itu sasaran aku, mereka miskin kerana diuji Allah, yang mana jika mereka bersabar, insyaAllah akan masuk syurga lebih awal dari semua orang kaya dalam dunia yang tonton mereka melalui program TV berbayar...

Saturday, December 25, 2010

Paderi dan kunci syurga



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Friday, December 24, 2010

Siapa Santa Clause?


(Surat kepada kanak-kanak kecil, yang sesuai di baca sehari sebelum krismas)


Ok, berbalik kepada agama kristian yang mana budak budak mereka dapat hadiah di Hari Krismas, korang dah bertanya, siapa Santa Clause? Siapa Pakcik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia…

Itu semua mitos wahai kanak-kanak kecil, lain kali jika ada kawan agama kristian yang bercerita tentang hari raya mereka, cuba korang tanya mereka.

Apa kena mengena Santa Clause dengan Nabi Isa? Sebab mereka sambut krismas sempena hari lahir Nabi Isa.., patutnya banyaklah cerita tentang Nabi Isa, tapi asyik cerita Santa Clause sajer, apa kaitannya?

Lepas tu Tanya lagi, kenapa nak kena ada pokok yang di gantung dengan lampu dan hadiah, ada dalam kitab ke? Atau suka suka? Lepas tu kat pokok ada pulak salji palsu…, seolah olah Krismas tu kena beraya dalam salji..

Tuesday, December 14, 2010

Siapakah kita??


1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah.
Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”. 

2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu ‘Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,”Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)