Saturday, November 6, 2010

Jam Terbesar di Dunia Mekah, Arab Saudi

Jam 4-muka ini terletak di Bandar suci Mekah, Saudi Arabia dan bakal menjadi jam yang terbesar didunia. Berikut adalah beberapa fakta berkaitan dengan jam ini :

  • Masih dalam proses pembinaan dan apabila siap kelak, bangunan jam terbesar di dunia ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas bangunan Burj Khalifa, Dubai dengan ketinggian 600 meter dan berdiameter 40meter.
  • Jam yang terbesar di dunia sebelum ini terletak di London, iaitu Big Ben adalah 5 kali lebih kecil daripada Jam 4-muka di Mekah.
  • Kompleks jam tersebut terletak bersebelahan dengan Masjid utama Mekah. Usaha ini juga untuk membangunkan Bandar tersebut supaya boleh dikunjung lebih berjuta umat pada sesuatu masa.
  • Jam terbesar di dunia ini akan diuji selama 3 bulan iaitu dari minggu pertama bulan Ramadhan.
  • Satu satunya jam 4-muka di bumi ini yang dilutupi dengan 98juta keeping seramik kaca.
  • Setiap muka jam tersebut ditulis perkataan “Allah Maha Besar” dalam bahasa Arab dan dilitupi dengan berjuta lampu bewarna dimana perkataan tersebut boleh dilihat sejauh lebih 25 kilometer.
  • Bulan sabit emas yang berdiameter 23meter akan diletakkan diatas puncak setinggi 61 meter pada 15 cerucuk yang menegak ke atas. Jumlah keseluruhan dari jam ke puncak adalah setinggi 251 meter.
  • Keseluruhan projek berjumlah lebih $800 billion dan jurutera disebalik pembinaan adalah jurutera dari Jerman dan Switzerland.



















   
  
p/s : Besarnya jam ni..Mungkin jam ini akan menjadi pusat jam dunia..

2 comments:

AJWAD said...

Uniknya jam-jam ni.....

PAI 2 IPG KDRI SJKC said...

sperti yg anda tgk sndri...hehe

Post a Comment