Sunday, November 7, 2010

kita semua bersaudara Laa....



Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda:"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR Bukhari).

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]


Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10


*p/s=
Di dalam kubur nanti, kita akan ditanya soalan, siapakah saudara kamu ?

Jawapannya ialah semua orang Islam saudara ku.

Tetapi, berjayakah kita menjawabnya, hanya Allah yang dapat membantu.

Sebagai usaha, setiap kali terlihat orang Islam, latih hati supaya berkata, "dia saudara ku".

renUnG2 kn Laaa...:)

3 comments:

pERjaLAnaN hiDuP~ said...

alhamdulillah..
dgn kesedaran bahawa kita semua ni bersaudara,marilah sama2 kita membantu sesama saudara dalam meng-upgrade-kan iman kita..
dan,disitu ada beberapa syaratnya utk saling upgrade..
to me,utk muslimah,biar la muslimah yg lain tegur,perbaik sesama muslimah..
dan muslimin lak,biar la sesama muslimin dahulu saling mentarbiyah antara satu sama lain..
bukan nak kata klu berlainan jantina tu x boleh,tpi x digalakkan..
sebab ape??
hurm..antum/antumna bleh x nak jaga 'hati' masa saling mentarbiyah antara muslimin dan muslimat?xramai bleh jaga hati tu..
akan terpesong gak even sedikit dari niat sbnr..
so,it is better if kita tarbiyah sahabat yg paling dekat dgn kita dulu yeap..(roomate especially!)
okes..thats all..:)

PAI 2 IPG KDRI SJKC said...

cm ustzh daa j demo nih....bgos2...ad pningkatan...:)

pERjaLAnaN hiDuP~ said...

need more learning coz very lack of knowledge.huhu

Post a Comment